Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2017

Warkah buat Mu

Bismillahirahmanirahim sebagai pemula warkah ini moga setiap tulisan ku ini Engkau redhai. Tika aku menulis surat ini aku cuba untuk meluahkan segala rasa dalam jiwa ku aku cuba untuk mencari rasa yang telah lama aku simpan mungkin jua sudah lama aku lupakan maaf kan aku kerna terlalu sibuk dengan dunia ini sehingga aku lupa untuk mengingati mu maafkan aku kerna terlalu asyik dengan nikmat yang tak pasti sedang cinta mu itu pasti sedang kasih mu buat ku telah lama mendahului sedang rindu mu pada ku tak termampu ku tandingi maaf kan aku kerna jarang sekali menyebut namamu sedang di akhir hayat mu masih lagi memikirkan nasib ku engkau lah insan yang teragung engkau lah insan yang mulia peribadi mu membuat siapa sahaja pasti jatuh cinta mendengar sirah mu membuat aku terpesona ingin sekali aku bertemu dengan mu tapi aku malu aku malu untuk berhadapan dengan mu dalam aku rindu untuk bertemu dirimu kerna dosa ku yang bergelumang kerna maksiat ku yang bermaharaja