Skip to main content

Graduan Agama = "Malaikat"?

Nasihat buat graduan agama.

Belajar agama, graduan agama bukan bermakna kita yang paling baik.
Tapi kita tahu kita ini banyak kurangnya. Banyak kelemahannya.
Belajar agama bukan untuk menghukum orang lain, dia ke syurga, dia ke neraka.
Tetapi untuk menjadi lebih tahu dan faham tentang agama.
Agar kita sama-sama lebih faham.
Agar kita sama-sama dapat memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik dari semalam.
Agar kita sama-sama dapat ke syurga Allah s.w.t.

Bergelar pelajar agama, graduan agama, "ustaz" "ustazah", dan seangkatan dengannya, kalian adalah duta, kita adalah wakil dan rujukan bagi orang awam.
Dr.(pensyarah ku, semoga Allah merahmati beliau) pesan tidak semua di beri peluang untuk belajar sehingga ke tahap ini, menjadi tanggungjawab kalian untuk menyampaikan kepada mereka yang tidak tahu dan faham tentang itu dan ini. Agar mereka juga menjadi tahu dan faham. Sampaikan apa yang kalian tahu, apa yang kalian faham. Teruskan menuntut ilmu, jangan pernah berhenti, kerana ilmu itu luas bukan hanya terhenti dengan segulung ijazah. 

Nasihat buat mereka(orang awam) yang mengenali orang Yang belajar agama.

Graduan agama, orang yang belajar agama tinggi-tinggi tidak menjadikan mereka malaikat atau pun maksum, bebas atau terlepas daripada terjebak dengan dosa atau maksiat, atau terlepas daripada melakukan kesilapan. Jangan terus menghukum seseorang andai dirinya ada khilaf, menilai soleh atau solehahnya seseorang bukan urusan kita, hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui tahap ketaqwaan seseorang bukan kita. Siapa pun kita, kita semua sama hanya manusia hamba Allah yang setiap hari berusaha untuk memperbaiki diri, berusaha untuk mencari redha Allah s.w.t, walau kadang-kadang terjatuh juga dalam lembah dosa, tapi kita bangkit kembali meminta keampunan daripada Allah s.w.t. kerana kita yakin dan percaya bahawa Allah s.w.t Maha Pengampun dan Maha Menerima Taubat hambaNya. Lalu kenapa begitu sukar untuk memaafkan orang lain, saudara seislam kita, sedang kita sedar dan tahu kita sendiri tidak pernah terlepas daripada berbuat salah samada kita sengaja atau tidak.

Jadilah kita masyarakat Dan saudara seakidah yang saling memberi sokongan dan dorongan antara satu sama lain, saling menegur dan mengingatkan secara berhemah dan berakhlak andai ada silap atau khilaf antara kita, berlapang hati dalam Menerima teguran dan nasihat, dan bersatu hati dalam usaha menyemarakkan syiar Islam, kerana esok diakhirat kelak kita ingin sama-sama hidup di syurga Firdausi Allah s.w.t, biar tiada seorang dari kita yg tertinggal.

Akhir kata, buat sahabat yang mengenali diri ini, andai disyurga nanti tidak kalian ketemui diri ni, ku mohon tanya kan kepada Allah s.w.t tentang diriku, andai aku terjerumus ke neraka, ceritakan pada Allah tentang kebersamaan kita dalam merebut ganjaran kebaikan dunia dan akhirat, moga itu dapat menarikku ke syurgaNya.💌

6/6/2020

-hudaismol- hamba yand tidak memiliki dan dimiliki.

Comments

Popular posts from this blog

Surat untuk Awak

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum Pertama sekali sebelum Awak terus kan pembacaan surat ini, satu permintaan.... Tolong baca surat ini dlm keadaan telah berwudhu', solat sunat 2 rakaat, dan selawat keatas  nabi seberapa banyak yg boleh, istighfar 7kali. Dah selesai semua tu....boleh terus kan membaca.  Maaf. Kerana tak dapat utk memahami apa yg Awak rasa. Maaf kerana tak ada utk tolong Awak Maaf Kerana takde utk dengar cerita Awak Maaf Kerana tak selalu ada utk Awak. Maaf Kerana tak mampu utk adakan semua itu Kerana itu, Kerana diri ni tak mampu. Diri ini minta pd Yang Maha Mampu Selalu. Minta pd yg Maha Menjaga utk menjaga Awak Minta pd yg Maha Memahami utk sentiasa ada dan mengerti setiap rintihan Awak. Minta pd Yg Maha Mendengar utk mendengar setiap adu, rintih Awak. Minta pd Yg Maha Penyayang utk memberi kasih sayang pada Awak Minta pd Tuhan Pemilik Hati ini utk memberi ketenangan ...kelapangan pd hati Awak ... Minta pd yg Maha ...

Kemaafan Yusuf dan Siapa Aku??

Bismillahrimanirahim Surah Yusuf Alhamdulillah selesai baca surah ni beberapa hari lepas. Nak kongsi sikit, insya Allah #siscuba moga bermanfaat. Kisah Nabi Yusuf a.s. Ya dlm surah ini diceritakan tentang kisah Nabi Yusuf a.s. Bila sebut kisah Nabi Yusuf pasti ramai yang dah terbayang tentang kekacakan rupa paras baginda dan kisah Zulaikha yg menyebabkan baginda difitnah. Tapi bukan itu yg ingin dikongsi disini. Yang ingin dikongsi disini adalah tentang kekacakan akhlak dan hati Nabi Yusuf a.s. Bagaimana Nabi Yusuf a.s mampu ..masih...sudi memaafkan saudara2nya dan memberikan bantuan kepada mereka. Sedang hakikatnya, sewaktu Nabi Yusuf a.s masih kecil saudara2nya lah yang telah membuangnya ke dlm telaga/perigi. Cuba kita fikir sejenak, kalau kita berada ditempat Nabi Yusuf a.s. adakah kita akan lakukan perkara sama? Yakni Memaafkan? Susah utk kita meMaafkan org lain kerana kita rasa ego..kerana kita rasa kita lebih baik dr mereka. Atau mungkin...

Thank You my God

Thank You my God,  I Thank You my God,  for giving me Your bounteous blessing,  allowing me to worship You my God, You are most Gracious and most Merciful,  enabling me to talk to You, allowing me to seek from You,  to praise and worship You with all my heart and soul,  allowing me to appeal to You ,  oh God,  but when I face You,  my heart is restless,  should I fail to be well mannered to You,  and I start to woe, Am I deceitful in my worship to You,  its not Your blessing that I will get,  but it's Your wrath that I will receive,  Ya Rabbal' aalamin ,  please forgive me...... - just sharing thought from others - :)