Bismillahirahmanirahim  sebagai pemula warkah ini  moga setiap tulisan ku ini Engkau redhai.  Tika aku menulis surat ini  aku cuba untuk meluahkan segala rasa dalam jiwa ku  aku cuba untuk mencari rasa yang telah lama aku simpan  mungkin jua sudah lama aku lupakan  maaf kan aku  kerna terlalu sibuk dengan dunia ini  sehingga aku lupa untuk mengingati mu  maafkan aku kerna terlalu asyik dengan nikmat yang tak pasti  sedang cinta mu itu pasti  sedang kasih mu buat ku  telah lama mendahului  sedang rindu mu pada ku  tak termampu ku tandingi  maaf kan aku  kerna jarang sekali menyebut namamu  sedang di akhir hayat mu masih lagi memikirkan nasib ku  engkau lah insan yang teragung  engkau lah insan yang mulia  peribadi mu membuat siapa sahaja pasti jatuh cinta  mendengar sirah mu membuat aku terpesona  ingin sekali aku bertemu dengan mu  tapi aku malu  aku malu untuk berhadapan dengan mu  dalam aku rindu untuk bertemu dirimu  kerna dosa ku yang bergelumang  kerna maksiat ku yang bermaharaja ...