Skip to main content

bedtime story

assalamua'laikum

bismillahirahmanirahim....

bedtime story

pada suatu malam.....

adik: kakak, adik tak nak tidur lagi, adik tak ngantok...

kakak: mana boleh macam tu adik, esokkan sekolah pagi, adik kena tidur awal nanti boleh bangun pagi..

adik: kalau macam tu, kakak bacakan adik cerita, nanti kalau adik rasa ngantuk dengar kakak cerita, adik tidur la..

kakak: hhmm..., okay kakak akan baca satu cerita untuk adik, tapi adik janji tau lepas kakak habis cerita adik mesti tidur, janji?

adik: okay, adik janji...kakak cepatlah cerita, adik tak sabar ni...

kakak: okay dengar ni....
              Hassan al-Bashri meriwayatkan: seorang perempuan yang sudah tua mendatangi Rasulullah s.a.w. seraya berkata, "Wahai Rasulullah, doakanlah agar saya bisa masuk syurga." Rasulullah s.a.w. menjawab, "Wahai Fulan! Syurga tidak dihuni oleh perempuan yang sudah tua." Mendengar hal itu, perempuan itu segera bergegas sambil menangis. Maka Rasulullah s.a.w. berkata, "Beritahulah kepada perempuan itu bahawa ia tidak akan masuk syurga dalam keadaan tua. Allah s.w.t. berfirman, "Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari itu) secara langsung; lalu Kami jadikan mereka perawan-perawan; yang penuh cinta (dan) sebaya umurnya.' (surah al-Waqi'ah (56)35-37) (riwayat Tirmidzi dan Thabrani)

adik: kakak, adik tak paham lah kenapa Nabi s.a.w. cakap dekat perempuan tua yang dekat syurga tak dihuni oleh perempuan yang dah tua macam dia, kesian dekat perempuan tu, kakak...

kakak: owh, Nabi s.a.w sebenarnya bergurau je dengan perempuan tua tu, sebab ada berita yang lebih gembira untuk perempuan tua tu...

adik: apa dia?

kakak: sebab sebenarnya  Nabi s.a.w. nak beritahu dekat perempuan tua tu, yang dia akan masuk syurga dalam keadaan dia muda dan cantik seperti bidadari...

adik: owh, bestnya perempuan tua tu , nanti dia masuk syurga dia jadi muda dan cantik macam bidadari!

kakak: adik, nak jadi cantik macam bidadari dekat syurga tak?

adik: nak!!!..tapi bolek ke kak?

kakak: boleh! sebab semua perempuan yang masuk ke dalam syurga akan jadi muda dan cantik macam bidadari...

adik: kakak, macam tu adik nak masuk syurga jugak!!!

kakak: boleh, senang je....

adik: cepatlah kakak macam mana?

kakak: macam ni, adik kena rajin dirikan solat, baca al-quran, menghormati umi dan abah  dan orang yang lebih tua, sayang semua orang disekeliling adik, bersedekah, senang cerita adik kena berusaha untuk buat semua yang Allah dan Nabi s.a.w suka.

adik: kakak, dekat syurga nanti kita boleh jumpa Nabi s.a.w. ke?

kakak: hhmm.., boleh. Adik nak jumpa Nabi s.a.w. tak?

adik: wah, bestnya! adik nak masuk syurga , adik nak jumpa Nabi Muhammad s.a.w.!

kakak: jadi, adik kena buktikan yang adik sayang dekat Allah dan Nabi s.a.w. mulai sekarang, dengan buat apa yang Allah dan Nabi s.a.w suka dan tinggalkan apa yang Allah dan Nabi s.a.w tak suka...adik dah solat isyak?

adik: dah, adik dah solat dah tadi. kakak, nanti tolong kejutkan adik bangun solat subuh, adik dah tak nak tinggal solat lagi, sebab adik nak masuk syurga, adik nak jadi bidadari dekat syurga,  adik nak jumpa Nabi s.a.w. , tokbah, tokmak, atok besar, atok kecik, umi, abah dengan semua orang dekat syurga nanti...

kakak: insya Allah, nanti akak kejutkan ya.

seusai membaca doa tidur, si adik terus lena....

subhanallah, besar sungguh impianmu, walau usiamu baru menginjak tujuh tahun......
 May Allah bless you always my little sister...

Ya Allah, rahmatilah kami semua dengan rahmat-Mu, redhailah kami dalam setiap amal ibadah kami, jadikan kami sebagai hamba-hambaMu yang bertaqwa.
Amin..

bedtime story isn't always has to be snow white or sleeping beauty, sometimes sharing story about the Prophet s.a.w with the little one would be a great idea and interesting..

salam mahabbah, may Allah bless all of us always.. ;)
hamba Allah yang tak memiliki dan dimiliki...

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Surat untuk Awak

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum Pertama sekali sebelum Awak terus kan pembacaan surat ini, satu permintaan.... Tolong baca surat ini dlm keadaan telah berwudhu', solat sunat 2 rakaat, dan selawat keatas  nabi seberapa banyak yg boleh, istighfar 7kali. Dah selesai semua tu....boleh terus kan membaca.  Maaf. Kerana tak dapat utk memahami apa yg Awak rasa. Maaf kerana tak ada utk tolong Awak Maaf Kerana takde utk dengar cerita Awak Maaf Kerana tak selalu ada utk Awak. Maaf Kerana tak mampu utk adakan semua itu Kerana itu, Kerana diri ni tak mampu. Diri ini minta pd Yang Maha Mampu Selalu. Minta pd yg Maha Menjaga utk menjaga Awak Minta pd yg Maha Memahami utk sentiasa ada dan mengerti setiap rintihan Awak. Minta pd Yg Maha Mendengar utk mendengar setiap adu, rintih Awak. Minta pd Yg Maha Penyayang utk memberi kasih sayang pada Awak Minta pd Tuhan Pemilik Hati ini utk memberi ketenangan ...kelapangan pd hati Awak ... Minta pd yg Maha ...

Kemaafan Yusuf dan Siapa Aku??

Bismillahrimanirahim Surah Yusuf Alhamdulillah selesai baca surah ni beberapa hari lepas. Nak kongsi sikit, insya Allah #siscuba moga bermanfaat. Kisah Nabi Yusuf a.s. Ya dlm surah ini diceritakan tentang kisah Nabi Yusuf a.s. Bila sebut kisah Nabi Yusuf pasti ramai yang dah terbayang tentang kekacakan rupa paras baginda dan kisah Zulaikha yg menyebabkan baginda difitnah. Tapi bukan itu yg ingin dikongsi disini. Yang ingin dikongsi disini adalah tentang kekacakan akhlak dan hati Nabi Yusuf a.s. Bagaimana Nabi Yusuf a.s mampu ..masih...sudi memaafkan saudara2nya dan memberikan bantuan kepada mereka. Sedang hakikatnya, sewaktu Nabi Yusuf a.s masih kecil saudara2nya lah yang telah membuangnya ke dlm telaga/perigi. Cuba kita fikir sejenak, kalau kita berada ditempat Nabi Yusuf a.s. adakah kita akan lakukan perkara sama? Yakni Memaafkan? Susah utk kita meMaafkan org lain kerana kita rasa ego..kerana kita rasa kita lebih baik dr mereka. Atau mungkin...

Mendefinisi bahagia dan syukur....does happiness exist in this world?

Bismillahirahmanirahim Assalamualaikum...alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis dan berkongsi lagi disini. ........... "bagaimana untuk aku mendefinisikan bahagia dan syukur? apa makna bahagia sebenarnya? syukur itu bagaimana? macam mana untuk aku capai kebahagian dalam hidup aku? sama ke bahagia aku dengan bahagia orang lain? boleh ke aku ukur bahagia dan syukur tu?" and the question may keep coming on and on...will never stop... yup, those are questions that kept coming in and out to my mind...don't know when it started and when will it stop...sometimes it just coming without notice. talking about it makes me go back to one of the time when I had a coursework project with my friends back then...a few semesters ago...the project aims to unleash our entrepreneurship skills...where we have to help a pair of single-mothers (we called them ibu) to run their business and help to improve it. so long story short, there are these words that co...