Skip to main content

Daripada Allah SWT Kita datang, Dan hanya padaNya akan Kita kembali.

Bismillah
Innalillahi wa Inna ilaihi raajiun

.
Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana izinkan Kami untuk berada dalam bulan Ramadan lagi tahun ini, hari ini 5 Ramadan, saat menulis ini baru sahaja aku tersedar dari tidur, tika itu, menerima khabar bahawa seorang sahabat baik ayah baru meninggal dunia, lama aku terdiam, memikirkan apa ini khabar nyata atau sekadar mainan tidurku, hati berkali mengucap innalillahi wa Inna ilaihi raajiun, sesungguhnya tiada tuhan selain Allah Dan sesungguhnya hanya kepada Allah kita kembali. 
اللهم اغفرله وارحمه وعفه واعف عنه

Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia...
.
Ya Allah, kuatkanlah dan redakan hati-hati ahli keluarganya dengan pemergian ini.
Ya Allah, kuatkanlah dan redakan hati ayahku dalam menerima pemergian sahabatnya ini.

Mati itu pasti, setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Esok atau lusa mungkin giliran kita pula. Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami, ampunilah segala kekhilafan kami, ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapa kami, ampunilah dosa-dosa adik beradik kami, ampunilah dosa-dosa saudara-saudara kami, ampunilah dosa-dosa seluruh ahli keluarga kami, ampunilah dosa-dosa guru-guru kami, ampunilah dosa-dosa sahabat-sahabat kami, ampunilah dosa-dosa seluruh muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia, Ya Allah, hidupkan lah kami dengan Iman, mati kan lah kami dalam Iman, bangkitkan kami dengan Iman, dan masukkan kami ke syurga Mu dengan Iman, ya Allah kurniakan husnul khatimah, pengakhiran yang baik bagi kami. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Mendengar, Yang Maha Mengasihani, hanya pada Mu ya Allah tempat kami kembali, hanya pada Mu ya Allah tempat kami mengadu, hanya pada Mu ya Allah kami mohon diperkenankan segala hajat. Ya Allah berkatilah kami didalam bulan Ramadan ini, jadikan kami dalam kalangan hambaMu yang soleh dan beruntung.
Aamin ya Rabbal 'alamin.

Setiap apa yang kita ada didunia ini hanya lah pinjaman dari Allah SWT, tiada yang kekal, setiap daripadanya pasti akan pergi tinggalkan kita. 

Ya Allah jadikan kami dalam kalangan hambaMu yang redha.

Sungguh kematian itu sangat dekat. 


-hudaismol-
3:01am, 5 Ramadan 1442H/17April2021 Sabtu

Assalamualaikum, semoga kalian semua yang membaca ini sentiasa dalam jagaan dan perlindungan Allah SWT. Semoga kita bertemu semula di syurga Allah SWT.

Al-Fatihah.

Comments

Popular posts from this blog

Surat untuk Awak

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum Pertama sekali sebelum Awak terus kan pembacaan surat ini, satu permintaan.... Tolong baca surat ini dlm keadaan telah berwudhu', solat sunat 2 rakaat, dan selawat keatas  nabi seberapa banyak yg boleh, istighfar 7kali. Dah selesai semua tu....boleh terus kan membaca.  Maaf. Kerana tak dapat utk memahami apa yg Awak rasa. Maaf kerana tak ada utk tolong Awak Maaf Kerana takde utk dengar cerita Awak Maaf Kerana tak selalu ada utk Awak. Maaf Kerana tak mampu utk adakan semua itu Kerana itu, Kerana diri ni tak mampu. Diri ini minta pd Yang Maha Mampu Selalu. Minta pd yg Maha Menjaga utk menjaga Awak Minta pd yg Maha Memahami utk sentiasa ada dan mengerti setiap rintihan Awak. Minta pd Yg Maha Mendengar utk mendengar setiap adu, rintih Awak. Minta pd Yg Maha Penyayang utk memberi kasih sayang pada Awak Minta pd Tuhan Pemilik Hati ini utk memberi ketenangan ...kelapangan pd hati Awak ... Minta pd yg Maha ...

Kemaafan Yusuf dan Siapa Aku??

Bismillahrimanirahim Surah Yusuf Alhamdulillah selesai baca surah ni beberapa hari lepas. Nak kongsi sikit, insya Allah #siscuba moga bermanfaat. Kisah Nabi Yusuf a.s. Ya dlm surah ini diceritakan tentang kisah Nabi Yusuf a.s. Bila sebut kisah Nabi Yusuf pasti ramai yang dah terbayang tentang kekacakan rupa paras baginda dan kisah Zulaikha yg menyebabkan baginda difitnah. Tapi bukan itu yg ingin dikongsi disini. Yang ingin dikongsi disini adalah tentang kekacakan akhlak dan hati Nabi Yusuf a.s. Bagaimana Nabi Yusuf a.s mampu ..masih...sudi memaafkan saudara2nya dan memberikan bantuan kepada mereka. Sedang hakikatnya, sewaktu Nabi Yusuf a.s masih kecil saudara2nya lah yang telah membuangnya ke dlm telaga/perigi. Cuba kita fikir sejenak, kalau kita berada ditempat Nabi Yusuf a.s. adakah kita akan lakukan perkara sama? Yakni Memaafkan? Susah utk kita meMaafkan org lain kerana kita rasa ego..kerana kita rasa kita lebih baik dr mereka. Atau mungkin...

Thank You my God

Thank You my God,  I Thank You my God,  for giving me Your bounteous blessing,  allowing me to worship You my God, You are most Gracious and most Merciful,  enabling me to talk to You, allowing me to seek from You,  to praise and worship You with all my heart and soul,  allowing me to appeal to You ,  oh God,  but when I face You,  my heart is restless,  should I fail to be well mannered to You,  and I start to woe, Am I deceitful in my worship to You,  its not Your blessing that I will get,  but it's Your wrath that I will receive,  Ya Rabbal' aalamin ,  please forgive me...... - just sharing thought from others - :)