Skip to main content

Surat untuk Awak

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum

Pertama sekali sebelum Awak terus kan pembacaan surat ini, satu permintaan....
Tolong baca surat ini dlm keadaan telah berwudhu', solat sunat 2 rakaat, dan selawat keatas  nabi seberapa banyak yg boleh, istighfar 7kali.
Dah selesai semua tu....boleh terus kan membaca. 
Maaf.
Kerana tak dapat utk memahami apa yg Awak rasa.
Maaf
kerana tak ada utk tolong Awak
Maaf
Kerana takde utk dengar cerita Awak
Maaf
Kerana tak selalu ada utk Awak.
Maaf
Kerana tak mampu utk adakan semua itu
Kerana itu,
Kerana diri ni tak mampu.
Diri ini minta pd Yang Maha Mampu
Selalu.
Minta pd yg Maha Menjaga utk menjaga Awak
Minta pd yg Maha Memahami utk sentiasa ada dan mengerti setiap rintihan Awak.
Minta pd Yg Maha Mendengar utk mendengar setiap adu, rintih Awak.
Minta pd Yg Maha Penyayang utk memberi kasih sayang pada Awak
Minta pd Tuhan Pemilik Hati ini utk memberi ketenangan ...kelapangan pd hati Awak ...
Minta pd yg Maha Pemberi Petunjuk utk tetapkan Awak diatas jalan yg diredhai Nya.

Kerana diri ini tidak mampu
Diam tidak berbicara
Bukan kerana tidak kisah
Tetapi bimbang
Andai ada bicara yg mengundang nestapa
Terus menjadi semakin berantakan hubungan ini
Hubungan yg terbina bukan kerana pilihan
Tetapi kerana anugerah kurnia Dia
Kerana itu diri ini memilih Dia
Untuk menjadi penghubung antara kita
Biar Dia menghubung kan kita
Biar Dia yg menyampaikan apa yg tersirat di hati
Biar Dia yg lebih mengerti
Biar Dia yg menjaga utk Ku
Kerana Dia yg selalu dan sentiasa ada utk hamba Nya..
Dia Allah.
Doa pada Allah itu lah penghubung kita yg tak pernah putus
Doa pada Allah itu lah kekuatan kite saat rasa lemah dan putus asa
Doa pada Allah tanda kite yakin dgn janji Nya
Doa pada Allah tanda kite yakin dgn Wujud Nya.

وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنكُمْ وَلَٰكِن لَّا تُبْصِرُونَ
Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu. Tetapi kamu tidak melihat." Al-Waqi’ah : 85"

لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡہَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡ‌ۗ
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya."
Al Baqarah:286

Semoga kita sentiasa bersama orang yang sabar.

Comments

Popular posts from this blog

Kemaafan Yusuf dan Siapa Aku??

Bismillahrimanirahim Surah Yusuf Alhamdulillah selesai baca surah ni beberapa hari lepas. Nak kongsi sikit, insya Allah #siscuba moga bermanfaat. Kisah Nabi Yusuf a.s. Ya dlm surah ini diceritakan tentang kisah Nabi Yusuf a.s. Bila sebut kisah Nabi Yusuf pasti ramai yang dah terbayang tentang kekacakan rupa paras baginda dan kisah Zulaikha yg menyebabkan baginda difitnah. Tapi bukan itu yg ingin dikongsi disini. Yang ingin dikongsi disini adalah tentang kekacakan akhlak dan hati Nabi Yusuf a.s. Bagaimana Nabi Yusuf a.s mampu ..masih...sudi memaafkan saudara2nya dan memberikan bantuan kepada mereka. Sedang hakikatnya, sewaktu Nabi Yusuf a.s masih kecil saudara2nya lah yang telah membuangnya ke dlm telaga/perigi. Cuba kita fikir sejenak, kalau kita berada ditempat Nabi Yusuf a.s. adakah kita akan lakukan perkara sama? Yakni Memaafkan? Susah utk kita meMaafkan org lain kerana kita rasa ego..kerana kita rasa kita lebih baik dr mereka. Atau mungkin

Mendefinisi bahagia dan syukur....does happiness exist in this world?

Bismillahirahmanirahim Assalamualaikum...alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis dan berkongsi lagi disini. ........... "bagaimana untuk aku mendefinisikan bahagia dan syukur? apa makna bahagia sebenarnya? syukur itu bagaimana? macam mana untuk aku capai kebahagian dalam hidup aku? sama ke bahagia aku dengan bahagia orang lain? boleh ke aku ukur bahagia dan syukur tu?" and the question may keep coming on and on...will never stop... yup, those are questions that kept coming in and out to my mind...don't know when it started and when will it stop...sometimes it just coming without notice. talking about it makes me go back to one of the time when I had a coursework project with my friends back then...a few semesters ago...the project aims to unleash our entrepreneurship skills...where we have to help a pair of single-mothers (we called them ibu) to run their business and help to improve it. so long story short, there are these words that co

Daripada Allah SWT Kita datang, Dan hanya padaNya akan Kita kembali.

Bismillah Innalillahi wa Inna ilaihi raajiun . Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana izinkan Kami untuk berada dalam bulan Ramadan lagi tahun ini, hari ini 5 Ramadan, saat menulis ini baru sahaja aku tersedar dari tidur, tika itu, menerima khabar bahawa seorang sahabat baik ayah baru meninggal dunia, lama aku terdiam, memikirkan apa ini khabar nyata atau sekadar mainan tidurku, hati berkali mengucap innalillahi wa Inna ilaihi raajiun, sesungguhnya tiada tuhan selain Allah Dan sesungguhnya hanya kepada Allah kita kembali.  اللهم اغفرله وارحمه وعفه واعف عنه Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia... . Ya Allah, kuatkanlah dan redakan hati-hati ahli keluarganya dengan pemergian ini. Ya Allah, kuatkanlah dan redakan hati ayahku dalam menerima pemergian sahabatnya ini. Mati itu pasti, setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Esok atau lusa mungkin giliran kita pula. Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami, ampunilah segala kekhilafan kami, ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapa kami, ampunilah d