Skip to main content

Graduan Agama = "Malaikat"?

Nasihat buat graduan agama.

Belajar agama, graduan agama bukan bermakna kita yang paling baik.
Tapi kita tahu kita ini banyak kurangnya. Banyak kelemahannya.
Belajar agama bukan untuk menghukum orang lain, dia ke syurga, dia ke neraka.
Tetapi untuk menjadi lebih tahu dan faham tentang agama.
Agar kita sama-sama lebih faham.
Agar kita sama-sama dapat memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik dari semalam.
Agar kita sama-sama dapat ke syurga Allah s.w.t.

Bergelar pelajar agama, graduan agama, "ustaz" "ustazah", dan seangkatan dengannya, kalian adalah duta, kita adalah wakil dan rujukan bagi orang awam.
Dr.(pensyarah ku, semoga Allah merahmati beliau) pesan tidak semua di beri peluang untuk belajar sehingga ke tahap ini, menjadi tanggungjawab kalian untuk menyampaikan kepada mereka yang tidak tahu dan faham tentang itu dan ini. Agar mereka juga menjadi tahu dan faham. Sampaikan apa yang kalian tahu, apa yang kalian faham. Teruskan menuntut ilmu, jangan pernah berhenti, kerana ilmu itu luas bukan hanya terhenti dengan segulung ijazah. 

Nasihat buat mereka(orang awam) yang mengenali orang Yang belajar agama.

Graduan agama, orang yang belajar agama tinggi-tinggi tidak menjadikan mereka malaikat atau pun maksum, bebas atau terlepas daripada terjebak dengan dosa atau maksiat, atau terlepas daripada melakukan kesilapan. Jangan terus menghukum seseorang andai dirinya ada khilaf, menilai soleh atau solehahnya seseorang bukan urusan kita, hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui tahap ketaqwaan seseorang bukan kita. Siapa pun kita, kita semua sama hanya manusia hamba Allah yang setiap hari berusaha untuk memperbaiki diri, berusaha untuk mencari redha Allah s.w.t, walau kadang-kadang terjatuh juga dalam lembah dosa, tapi kita bangkit kembali meminta keampunan daripada Allah s.w.t. kerana kita yakin dan percaya bahawa Allah s.w.t Maha Pengampun dan Maha Menerima Taubat hambaNya. Lalu kenapa begitu sukar untuk memaafkan orang lain, saudara seislam kita, sedang kita sedar dan tahu kita sendiri tidak pernah terlepas daripada berbuat salah samada kita sengaja atau tidak.

Jadilah kita masyarakat Dan saudara seakidah yang saling memberi sokongan dan dorongan antara satu sama lain, saling menegur dan mengingatkan secara berhemah dan berakhlak andai ada silap atau khilaf antara kita, berlapang hati dalam Menerima teguran dan nasihat, dan bersatu hati dalam usaha menyemarakkan syiar Islam, kerana esok diakhirat kelak kita ingin sama-sama hidup di syurga Firdausi Allah s.w.t, biar tiada seorang dari kita yg tertinggal.

Akhir kata, buat sahabat yang mengenali diri ini, andai disyurga nanti tidak kalian ketemui diri ni, ku mohon tanya kan kepada Allah s.w.t tentang diriku, andai aku terjerumus ke neraka, ceritakan pada Allah tentang kebersamaan kita dalam merebut ganjaran kebaikan dunia dan akhirat, moga itu dapat menarikku ke syurgaNya.💌

6/6/2020

-hudaismol- hamba yand tidak memiliki dan dimiliki.

Comments

Popular posts from this blog

Kemaafan Yusuf dan Siapa Aku??

Bismillahrimanirahim Surah Yusuf Alhamdulillah selesai baca surah ni beberapa hari lepas. Nak kongsi sikit, insya Allah #siscuba moga bermanfaat. Kisah Nabi Yusuf a.s. Ya dlm surah ini diceritakan tentang kisah Nabi Yusuf a.s. Bila sebut kisah Nabi Yusuf pasti ramai yang dah terbayang tentang kekacakan rupa paras baginda dan kisah Zulaikha yg menyebabkan baginda difitnah. Tapi bukan itu yg ingin dikongsi disini. Yang ingin dikongsi disini adalah tentang kekacakan akhlak dan hati Nabi Yusuf a.s. Bagaimana Nabi Yusuf a.s mampu ..masih...sudi memaafkan saudara2nya dan memberikan bantuan kepada mereka. Sedang hakikatnya, sewaktu Nabi Yusuf a.s masih kecil saudara2nya lah yang telah membuangnya ke dlm telaga/perigi. Cuba kita fikir sejenak, kalau kita berada ditempat Nabi Yusuf a.s. adakah kita akan lakukan perkara sama? Yakni Memaafkan? Susah utk kita meMaafkan org lain kerana kita rasa ego..kerana kita rasa kita lebih baik dr mereka. Atau mungkin

Mendefinisi bahagia dan syukur....does happiness exist in this world?

Bismillahirahmanirahim Assalamualaikum...alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis dan berkongsi lagi disini. ........... "bagaimana untuk aku mendefinisikan bahagia dan syukur? apa makna bahagia sebenarnya? syukur itu bagaimana? macam mana untuk aku capai kebahagian dalam hidup aku? sama ke bahagia aku dengan bahagia orang lain? boleh ke aku ukur bahagia dan syukur tu?" and the question may keep coming on and on...will never stop... yup, those are questions that kept coming in and out to my mind...don't know when it started and when will it stop...sometimes it just coming without notice. talking about it makes me go back to one of the time when I had a coursework project with my friends back then...a few semesters ago...the project aims to unleash our entrepreneurship skills...where we have to help a pair of single-mothers (we called them ibu) to run their business and help to improve it. so long story short, there are these words that co

Daripada Allah SWT Kita datang, Dan hanya padaNya akan Kita kembali.

Bismillah Innalillahi wa Inna ilaihi raajiun . Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana izinkan Kami untuk berada dalam bulan Ramadan lagi tahun ini, hari ini 5 Ramadan, saat menulis ini baru sahaja aku tersedar dari tidur, tika itu, menerima khabar bahawa seorang sahabat baik ayah baru meninggal dunia, lama aku terdiam, memikirkan apa ini khabar nyata atau sekadar mainan tidurku, hati berkali mengucap innalillahi wa Inna ilaihi raajiun, sesungguhnya tiada tuhan selain Allah Dan sesungguhnya hanya kepada Allah kita kembali.  اللهم اغفرله وارحمه وعفه واعف عنه Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia... . Ya Allah, kuatkanlah dan redakan hati-hati ahli keluarganya dengan pemergian ini. Ya Allah, kuatkanlah dan redakan hati ayahku dalam menerima pemergian sahabatnya ini. Mati itu pasti, setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Esok atau lusa mungkin giliran kita pula. Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami, ampunilah segala kekhilafan kami, ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapa kami, ampunilah d